Golok ini agak cantik dengan ukiran pada bahagian hulunya dan pada sapirnya. Kayu ukiran sapir dan ulunya kemuning.Mata golok diperbuat daripada mata ketam kayu dan teramat tajam sesuai untuk memotong daging terutama semasa kenduri.ukiran oleh tukang muda yang amat minat pada seni.
Setiap individu wajar mempunyai sekurang-kurangnya satu hobi.Manusia yang mempunyai hobi selalunya dapat mengatasi masalah kerungsingan diri.Melalui hobi,dapat dijadikan terapi diri.Pelbagai jenis hobi yang baik menjadi kegilaan masyarakat seperti mengumpul bahan-bahan purba,bonsai,memelihara burung,senjata seperti keris,golok,lembing,cincin permata dan lain-lain lagi.Namun ketenangan sejati adalah mendekati dan mensyukuri nikmat ALLAH S.W.T.
Monday, 18 February 2013
Delima Merah muda cindai
Cincin delima ini agak manis warnanya dengan ikatan berkuku suasa simple dan sesuai dipakai santai untuk kemana-mana.
Monday, 11 February 2013
Zamrud Penshawar
Zamrud ini amat cantik dengan warnanya hijau tua.Sukar didapati.Kualitinya menyamai zamrud Columbia,Rusia dan Brazildengan.ikatan amat menarik ,moden dan kontemporari.,jarang-jarang sekali dapat.Size cincin 21 dengan karat batunnya( 14 karat).Sesuai untuk bergaya dengan warnanya serupa JJ.
Saturday, 9 February 2013
Zamru columbia super A
Zamrud ini amat manis warnanya,jernih dengan ikatan moden bertatahkan berlian.,mudah diperolehi kalau ada keinginan dan mahar yang tinggi.Hanya dipakai oleh lelaki korporat yang belum muflis,kalau dah muflis habis dijual/dilelong.
Tuesday, 5 February 2013
Delima cindai mogok
Delima ini amat cantik dan agak besar cuma nipis sikit batunya Ikatan cantik model terkini.saiz cincin 22, ikatan berlian pada bahagian tepinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)