Delima burma ini amat cantik dengan hiasan batu berlian asli bersaiz 22.Di buat menggunakan perak aloi oleh tukang tersohor.
Setiap individu wajar mempunyai sekurang-kurangnya satu hobi.Manusia yang mempunyai hobi selalunya dapat mengatasi masalah kerungsingan diri.Melalui hobi,dapat dijadikan terapi diri.Pelbagai jenis hobi yang baik menjadi kegilaan masyarakat seperti mengumpul bahan-bahan purba,bonsai,memelihara burung,senjata seperti keris,golok,lembing,cincin permata dan lain-lain lagi.Namun ketenangan sejati adalah mendekati dan mensyukuri nikmat ALLAH S.W.T.
Sunday, 15 December 2013
Thursday, 28 November 2013
Zamrud Columbia Muda
Cincin zamrud ini amat cantik dengan batu berair muda dan berbentuk sumpurna. besar dengan timbangan 24 karat serta diikat moden bertatahkan berlian kelilingnya.menarik dipakai dan lebih meyerlahkan diikat berkuku suasa bersaiz 21.
Sunday, 13 October 2013
Cincin Zamrud dan Delima Cindai
Kedua-dua cincin ini dilelong dengan harga RM900 ringgit terus disambar peminat batu permata.Zamrud cutting ikatan cantik dihias berlian dan berkuku suasa.Cincin delima pula agak besar dan dihiasi dengan berlian juga berkuku suasa.Kedua-dua bersaiz 21.
Sunday, 29 September 2013
BURUNG BUDGIE C, LUTINO,ALBINO DAN FALLOW
KHAS PEMINAT BURUNG :
Peminat burung bolehlah tengok-tengok pelbagai spesis dan warna.Hanya untuk suka-suka sama-sama peminat burung.Tidak mengutamakan wang.Pertukaran burung pakai sistem barter pun boleh.Mudah untuk dibiakkan dan senang dipelihara serta tidak mencemarkan persekitaran. Amat digemari oleh kanak-kanak.
Ada yang pernah angkat dengan reban sekali.Pasti suka dan senang hati sebagai terapi minda.
Peminat burung bolehlah tengok-tengok pelbagai spesis dan warna.Hanya untuk suka-suka sama-sama peminat burung.Tidak mengutamakan wang.Pertukaran burung pakai sistem barter pun boleh.Mudah untuk dibiakkan dan senang dipelihara serta tidak mencemarkan persekitaran. Amat digemari oleh kanak-kanak.
Ada yang pernah angkat dengan reban sekali.Pasti suka dan senang hati sebagai terapi minda.
BURUNG COCKTAIL LUTINO
Khas kepada peminat burung:
Sepasang cocktail Lutino (mata merah) amat cantik,sedang galak serta masih remaja .Keadaan kesihatan amat baik dan mesra tuan.
Sepasang cocktail Lutino (mata merah) amat cantik,sedang galak serta masih remaja .Keadaan kesihatan amat baik dan mesra tuan.
JAM RADO DIASTAR
Jam rado terpakai ini amat cantik dan asli.Tiada langsung kesan tercalar.Nampak betul-betul baru.ada no siri serta kotaknnya.Harga pasaran baru RM 3000/=ke atas. Sesuai untuk dipakai santai dan merupakan salah satu model rado yang popular.
GOLOK UKIRAN SARUNG TEBUK
Golok ini amat cantik buatannya dengan sarung tebuk nampak mata didalamnya.Panjang sekitar 14 inci sekali dengan ulunya.Besi rel keretapi (matanya) berbentuk golok lama.dengan sarungnya diperbuat daripada kayu rambai.Sesuai untuk sembelihan kambing ayam dan untuk potong daging lembu.
Saturday, 20 July 2013
Golok Cantik Besi Terpilih
Golok ini amat cantik ukirannya diperbuat daripada kayu halban.Diukir dengan corak unik oleh tukang tersohor Kelantan.Panjang 16 inci bersekali dengan ulunya.,sesuai digunakan untuk sembelihan.Kebanyakannya menjadikan hiasan almari.
Friday, 19 July 2013
Delima Merah darah Burma
Cincin Delima ini sederhana besar dengan batu yang berbentuk bulat bujur..Ikatan biasa bersaiz 19 dengan gaya separa moden berhias berlian pada bahagian tepi serta berkuku suasa.Kialaun batu agak cantik kemerahan yang agak pekat sedikit.
Monday, 8 July 2013
Golok Ukiran biasa
Golok ini matanya diperbuat daripada besi terpilih dengan ukuran panjang 10 inci. Sarungnya diperbuat daripada kayu ciku dan kemuning.Sedikit berukir sentuhan tukang tersohor Kelantan.
Tuesday, 25 June 2013
Cincin JJ cutting biru
Cincin ini cantik dengan batu cutting warna biru nilam.Ikatan simple biasa dengan kuku suasa.Size 21.
Cincin Delima Cantik.
Cincin delima ini sederhana besar.Ikatan lilitan berlian atas dan tepi serta berkuku suasa.size 21 dan amat cantik dipakai bagi mereka yang memiliki tangan agak besar.
Sunday, 23 June 2013
Nilam Burma Besar
Cincin size 24 ,Nilam burma besar dengan ikatan yang ekslusif. Pada bahagian tepi dihiasi dengan berlian dan bahagian atas berkuku suasa berbentuk mahkota.sesuai dipakai oleh mereka yang bertangan besar serta bertubuh sasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)