Monday 31 December 2012

Zamrud Columbia

Cincin zamrud ini agak besar iaitu sekitar 26 karat berat.Ikatan biasa dengan berkuku suasa.Bentuk batu bujur dan sedang elok dipakai dengan jari bersaiz 22.Sukar diperolehi tanpa menawarkan mahar yang tinggi.





Delima air kaca

Cincin delima air kaca pink muda ini amat cantik.Sempurna dengan ikatan bergaya lilit berlian keliling dan dihias berlian pada bahagian tepi.Perak aloi bersaiz 21 direkabentuk oleh tukang cincin tersohor di Kelantan.Anggaran berat batu 18 karat.Boleh bandingkan dengan harga pasaran supaya maharnya setanding dengan barang dan kualitinya.




Monday 24 December 2012

Cincin Batu Meteorit

Cincin ini adalah unik kerana batu meteorit ini mempunyai tindakbalas magnet dengan pengaliran darah kita.Ikatan cantik,simple,berkuku suasa dengan batu meteor Gred A iaitu mengandungi kandungan batu dan besi.Dikatakan boleh seimbangkan badan dan tahan keletihan.




Sunday 23 December 2012

Keris tiga luk

Keris ini baru siap dibuat oleh tukang pandai besi dan pandai sarung di negeri Kelantan.Luk keris menyerupai keris Tok Chu yang amat terkenal menempa keris pada zaman dahulu.Tukang terkini hanya mampu membuat keris serupa ini hanya melalui pemerhatian pada keris-keris yang terdahulu.Keris ini amat cantik dan diperbuat sarungnya dari kayu kemuning yang hampir pupus pada masa ini.




Thursday 20 December 2012

Jam Rolex Antik

Jam Rolex Antik ini baru saja diperoleh daripada kawan dari Kuala Lumpur. Kondisinya agak baik dengan muka berwarna kuning emas, bertali besi putih steel. Sudah disahkan oleh pakar Jam Rolex bahawa jam ini adalah tulen dan sempurna keseluruhannya. Pemakai terdahulu adalah agak cermat sehinggakan sukar untuk mencari kesan calar pada jam ini.







Monday 17 December 2012

Nilam Kuning Gred A

Nilam kuning ini agak besar sekitar 20 karat.Ikatan cantik berkuku suasa dan dihiasi dengan berlian pada bahagian tepi.spesis ini agak sukar diperolehi dan bernilai dipasaran.Kekerasan batu 8 Mohr.




Sunday 16 December 2012

Cincin-cincin Terbaharu

1.Cincin batu gunung jerai - baru diperolehi semasa melancong minggu lepas. Terdapat batu berlumut didalamnya dan amat unik.Agak Besar dan diikat bergaya.

2. Batu Delima pink - agak besar dan air muda berkaca. manis berada dijari.Cincin saiz 20 dihias berlian pada bahagian tepi.

3. JJ Putih - Sukar diperolehi.Amat cantik,cerah berair.Diikat dengan ikatan berukir,berkuku suasa dan diselit berlian pada kuku.

4. Batu Zamrud Barell - Agak sederhana,ikatan cantik perak alloi dengan hiasan berlian.Menarik dipandang dengan air kehijauan.



5. Yellow Sapphire-Mahal harganya,ikatan simple dan bersaiz 20.Berat batu lebih kurang 13 karat.

                                                                                 
                                                                                 1

                                                                                 2

                                                                                  3.

                                                                                  4

                                                                                  5


Friday 14 December 2012

Koleksi baru zamrud delima

Cincin zamrud ini agak besar sekitar 35 carat dengan ikatan simple berkuku suasa.Air agak berkaca kehijaun matang.Saiz cincin 21.Harga agak mahal dan sesuai untuk dipakai ketika majlis sahaja.Kalau dipakai secara sewenang-wenangnya,terantuk garu kepala.

Delima ini berdaging,ada star yang agak tajam dengan warna kemerahan ke arah pink. Ikatan sempurna lilitan berlian dengan kuku suasa.Harga tidak mahal sesuai disimpan dan dipakai untuk tujuan bergilir serta koleksi.Saiz cincin 21 dibuat oleh tukang berseni.