Sunday, 28 October 2012

Golok Sembelihan

Golok ini agak panjang sekitar 10 inci (mata) dan diperbuat daripada besi spring dan disepuh tua.Sarungnya diperbuat daripada kayu krismas dan kayu halban dengan sentuhan sedikit ukiran. Sesuai untuk sembelihan istimewa lembu korban.Amat tajam matanya.




zamrud ikatan suasa

Zamrud ini adalah batu yang agak lama dengan corak ikatan lama yang amat tegap buatannya.Size cincin 21 dengan ikatan sepenuhnya suasa.Batu agak besar memanjang sekiatar 13 karat.Agak lasak dan ada kesan calar atas batu.Warna batu hujau tua.




Delima Putih (star)

Delima putih ini amat menarik dan diikat denga perak berukur suasa. Star akan terpanca sekiranya batu ini terkena cahaya matahari. Di tengah-tengah batu ini tersapat waena samar kemerah-merahan serta terdapat jaluran seperti bulu ayam. Batu ini keras dan tahan lasak dan sesuai dipakaibila-bila masa saja.Dibawah ini pula ialah batu delima daging (berstar) yang belum diikat.



Nilam kuning cabuchon

Nilam kuning ( yellow sapphire ) ini agak baik kualitinya. Beratnya dalam lingkungan lapan karat. Sukar ditemui yang asli dan berkualiti kerana terlampau banyak wujudnya batu tiruan. Amat cantik diikat dengan perak dan berkepala suasa. Harga di pasaran mencecah beribu-ribu ringgit. Diikat dalam bentuk yang simple oleh tukang yang mahir dan terkenal. Dibawah ini adalah permata nilam kuning yang belum diikat.









Nilam Kuning Cutting

Nilam kuning ( yellow sapphire ) ini agak baik kualitinya. Beratnya dalam lingkungan lapan karat. Sukar ditemui yang asli dan berkualiti kerana terlampau banyak wujudnya batu tiruan. Amat cantik diikat dengan perak dan disulam permata berlian swiss dengan ikatan empat segi. Harga di pasaran mencecah beribu-ribu ringgit.