Setiap individu wajar mempunyai sekurang-kurangnya satu hobi.Manusia yang mempunyai hobi selalunya dapat mengatasi masalah kerungsingan diri.Melalui hobi,dapat dijadikan terapi diri.Pelbagai jenis hobi yang baik menjadi kegilaan masyarakat seperti mengumpul bahan-bahan purba,bonsai,memelihara burung,senjata seperti keris,golok,lembing,cincin permata dan lain-lain lagi.Namun ketenangan sejati adalah mendekati dan mensyukuri nikmat ALLAH S.W.T.
Wednesday, 25 January 2012
Golok Melapah
Golok ini digunakan untuk melapah dan memotong daging binatang sembelihan. Amat tajam diperbuat daripada mata besi boring kuari yang amat terkenal dengan ketajamannya.Sarung dikemaskan dengan kayu ciku dan boer yang unik dan menawan.
Cincin Permata Cat eyes
Cincin permata ini amat cantik,sukar diperolehi dengan airnya jernih mengeluarkan sinaran jalur putih memanjang apabila terkena biasan cahaya. Bersaiz 29 ikatan perak dan berkuku suasa yang simple tetapi menarik untuk digayakan dimana-mana sahaja.
Tuesday, 24 January 2012
Koleksi golok pilihan
Golok pilihan ini dibuat daripada besi terpilih pasti tajam untuk digunakan memotong daging atau sembelihan binatang . Sarung diperbuat daripada kayu terpilih pelbagai jenis oleh tukang ternama di Kelantan.Panjang mata pelbagai saiz ( 8 inci - 15 inci ). Koleksi pilihan ini sesuai juga digunakan sebagai pemberian cenderamata kepada kenalan baik.Ada di antaranya ditukarkan dengan cincin,motor,keris,bonsai dan lain-lain sesama peminat seni dan antik di Kelantan dan negeri-negeri lain di Malaysia.
Monday, 23 January 2012
Batu Nilam Hijau Muda
Nilam Green Saphire ini berbentuk Cabuchon,cantik serta diikat dengan perak berkepala suasa.Batu bersih dan mempunyai gewang apabila terpancar cahaya.Sesuai dipakai untuk riadah dan minum petang dengan kawan-kawan yang meiliki minat tentang batu permata
Batu Bukit Berobjek
Batu bukit ini memiliki air yang amat jernih dengan saiz batu sederhana besar.saiz cincin 20 berkuku suasa,Amat jarang diperolehi kerana mempunyai objek unik seperti lurah valley didalamnya.
Friday, 6 January 2012
Zamrud Columbia
Cincin zamrud ini mempunyai tahap kesempurnaan yang tinggi dari segi kualitinya. Zamrud ini berharga sekitar 10 K dengan warna kehijauan,jernih ,bersih serta agak besar (25karat).ikatan lilit berlian swiss bersaiz 20.Untuk memilikinya perlukan pengorbanan kerana tidak semua orang ringan tangan untuk mengeluarkan wang yang banyak hanya kerana sebutir permata. Tetapi bagi mereka yang berminat,keinginan mengatasi segala-galanya. Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Subscribe to:
Posts (Atom)