Wednesday, 28 December 2011

Rolex GMT Master 2 2005

Rolex ini peranakan Hong Kong tahun 2005, amat cantik kerana jarang dipakai. Biarpun menjadi keinginan semua orang namun dengan harga RM 20K menyebabkan ramai peminat amatur sekadar meleleh air liur melihatnya.Kondisi jam ini sama seperti yang berada dikedai rolex.Harga pasaran yang baru melebihi 25K.

Tuesday, 27 December 2011

Zamrud Columbia


Zamrud Gred A yang ingin dimiliki oleh semua peminat cincin permata.Berat batu 12 karat dengan warna hijau tua berkaca serta bersaiz 20.Ikatan perak aloi dengan kemasan yang menarik dean dibuat oleh tukang cincin ternama.

Buluh Perindu


Sesiapa yang menanam buloh perindu dihadapan rumahnya sebagai lanskap dan memperolehi tuah kemungkinan besar buloh yang ditanam itu akan tumbuh buku songsang serta adakalanya buloh itu juga menjadi buloh tumpat. Selain mencantikkan kawasan rumah ,buloh ini banyak kegunaan terutama untuk perubatan.Terdapat beberapa jenis buloh perindu seperti perindu batu,perindu suara, perindu pengasih,perindu pendinding dan lain-lain lagi.

Saturday, 24 December 2011

Lembin daun buloh 2 beradik

Lembing ini adalah lembing lama turun temurun.Usianya melebihi 100 tahun. Digunakan oleh masyarakagt zaman dahulu untuk tujuan pengeras semangat, di bawa ketika ketempat yang jauh untuk keselamatan diri.Lembing ini juga digunakan untuk mempertahankan diri sekiranya diancam oleh musuh ataupun binatang buas.

Pelbagai jenis kayu penawar

Pelbagai jenis kayu penawar dan boleh digunakan untuk perubatan yang sepatutnya ada dalam simpanan di rumah seperti raja kayu,penawar hitam,damar minyak,kemuning hitam,buloh tumpat ,nibong tunggal  dan lain-lain lagi.

Pelbagai tasbih daripada teras kayu


Tasbih ini diperbuat daripada pelbagai jenis teras kayu yang amat sukar diperolehi seperti teras gemunggal,teras kekabu,kayu kokka,tulang unta,raja kayu dan lain-lain lagi.

Thursday, 22 December 2011

Cincin Delima Ikatan Ekslusif


Cincin ini diikat dengan gaya ekslusif sesuai dengan batu berkata berwarna menarik merah kekuningan. Ikatan dihiasi berlian swiss 40 biji.

Sunday, 18 December 2011

Jam Titoni 50 Tahun Merdeka



Jam ini dibuat khas sempena 50 tahun merdeka.Jumlahnya limit 100 biji sahaja di Malaysia.Didalamnya dimasukkan logo 50 tahun merdeka. Masih sempurna dan didatangkan khas bersama kotak istimewa.

Pisau Bat


Kegunaannnya untuk melapah belulang /kulit lembu serta binatang sembelihan lain serta untuk memotong daging.Bentuk mata pisau ini sukar untuk dibuat kerana mengambil masa yang lama. Bentuk matanya amat unik dihiasi sarung yang diperbuat daripada 3 jenis kayu yang terpilih. Kepakaran tukang Kelantan sepenuhnya.

Thursday, 15 December 2011

Batu Delima Burma Air Kaca

Batu kelihatan muda namun berkaca. Kategori batu lama dan sukar diperolehi dengan ikatan size 21 dililit berlian asli 16 biji.

Kapak Kelantan

Kapak  Kelantan ini menjadi kegilaan masa kini. Mata diperbuat daripada besi spring dengan hulunya disekalikan dengan pemegangngnya.Pada pemegang dikemaskinikan dengan kayu boer.sesuai dimilki untuk kegunaan memotong tulang namun rami yang memilikinya dan disimpan sebagai hiasan.

Kapak kelantan

Kapak bentuk baru kegilaan masakini. Mata dan pemegangnya terdidiri daripada 1 batang besi dan ditampalkan dengan kayu boer pada pemegangnya.Sesuai untuk memotong tulang lembu namun yang yang cuba miliki  untuk dijadikan hiasan dalam almari.

Sunday, 11 December 2011

Cincin fire aggate

Cincin akik api salah satu permata yang unik dengan wujudnya cahaya seperti api didalam batu terutama ketika terkena silauan cahaya. Kekerasan batu 7 mohr dan tidak mudah calar dan sukar didapati terutama yang berkualiti.

golok sarung kemuning

Golok ini dibuat sarungnya dari kayu kemuningl dengan bentuk kepala burung. Panjang mata golok 12 inci.diperbuat daripada besi steel tidak berkarat.Amat tajam sesuai untuk sembelihan.

Saturday, 10 December 2011

Batu delima pink burma


Batu delima dengan air warna merah jambu .Sukar didapati terutama batu yang berbentuk cabuchon.Sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai jari yang sederhana besar.Cincin bersaiz 20 dililit dengan kuku suasa.

Tuesday, 6 December 2011

cincin delima putih


Salah satu cincin delima putih yang agak  sukar ditemui terutamanya yang agak menarik dengan bentuk batu sempurna seta ikatan perak yang bersesuaian dengan batu cabuchon ini.

Cincin Paparacha

Cincin permata yang unik,kacukan yelow sapphire dan delima.ikatan menarik dengan bentuk permata memanjang yang sederhana besar.sukar didapati dan jarang dipakai orang kerana tidak semua kenal permata.

Golok sembelihan

Golok panjang sesuai untuk sembelihan.Amat tajam  dari besi terpilih.Dibuat oleh pakr besi dan sarung dari Kelantan.

Sunday, 4 December 2011

batu bukit batu dalam batu


Batu bukit salah satu jenis kristal yang cantik untuk dibuat permata.Sesuai dipakai dan menambahkan aura seta terapi kepada seseorang.Penilaian bergantung kepada kejernihan  batu.keunikan kandungan batu,potongan,warna serta kewangan untuk memilikinya.

Keris sarung cantik

Keris cantik diperbuat daruipada kayu teras kemuning dan sena. hulu kepala burung diukir oleh pengukir yang terkenal di Kelantan.

burung budgie

Hobi memelihara burung budgie amat menyeronokkan.Burung budgie menjadi terapi  minda. Ada pelbagai warna seperti biru,kuning,hijau dan putih.Harganya yang murah,hanya RM30 sepasang(Gred C).. Mudah dijaga dan makan jagung,sekoi,roti dan juga kangkung.

koleksi golok cantik

Golok ukiran cantik,panjang 12 inci sekali dengan sarung ukiran tebuk ,mata baring batu, Amat tajam dan sesuai untuk potong daging. Ukiran tukang Kelantan dengan sarung tebuk. kayu machang hutan.